Sunday, November 29, 2015

#55

Assalamualaikum.
SubhanaAllah. Tolong tiupkan habuk di blog ini.
Thanks.

New update: tahun 3. Semester 1
                    : bakal 22 tahun
                    : bengkel 2
                    : Games
                    : software engineering
                    : Interactive project management
                    : web application
                    : English professional

Serius shit aku cakap, tak tipu tak main-main. Dugaan bukan tak ada. Ada. Cuma kali ini lebih extream. Kalau macam sem sebelum ni, dugaan tu datang bila nak dekat exam, tapi this year/sem. Gosh ! Tengah-tengah sem aku rasa hati aku jatuh terjelepuk bergolek-golek atas tanah.

More kepada rasa marah yang mencengkam jauh dalam lubuk hati, sampai buat kau rasa letih sebab hati tahan perasaan yang meluap-luap. Kau jadi lemah untuk kawal hati dan fikiran. Fikiran kau bukan terbatas untuk diri kau saja, tetapi terbuka untuk terima jutaan permasalahan di keliling kau.

Kau akan jadi seperti manusia yang hilang dari alam nyata tetapi tidak berada di alam fantasi. Yes. Terikat di antara langit dan bumi. Kau nak berpijak tak boleh. Sama seperti awan yang agsk mustahil untuk kau capai.

Boleh di katakan yang aku sudah berhenti untuk mencari siapa diri aku or who I USED to be. Aku teruskan larian tanpa arah dan tujuan. Aku berlari, sambil bawa beban di atas bahu. Berapa jauh boleh aku pergi ? Berapa lama boleh aku bertahan ?

Orang keliling boleh lari bersama kata-kata, pandangan, cacian,kutukan, keluhan, kritikan, umpatan sendiri. Kenapa aku tidak ?

Monday, November 09, 2015

#54

Buat waktu sekarang, apa yang menakutkan aku adalah laman social.

Nak lebih spesifik; twitter amat menakutkan.
Mampu membuat hati manusia berperang dan berlawan antara satu sama lain, dan apabila mata bertentang mata mulut akan mengeluarkan kata;

                                 "Yow, what's up ? Sihat kau ?"

Friday, October 09, 2015

#53

                                                      

                                                        Aku benci rasa tu.
                                                 Tapi apa yg lagi aku benci,

                                             aku tak ada sebab untuk rasa benci.










Saturday, October 03, 2015

#52

Aku segan nak tanya kenapa, tapi kalau tk malu boleh tak kau explain.

Kau rembat je explain eventhough aku tak tanya.
I don't mind.

Serius.

Kenapa aku segan ?

         Sebab aku tak tahu nak jawab kalau kalau kau yg tanya 'kenapa'

Haaa, nampak ke idok permainan cinabeng ni...

Friday, October 02, 2015

#51

Aku bukan nak kata yang aku suka rasa sakit.
Tapi aku nak kata yang aku suka bila dpt tahu rasa sayang tuhan pada aku masih berbaki.

Dan DIA sampaikan dgn cara begini.

DIA celik kan aku bila aku pasang niat untuk bangkit diawal pagi.
DIA seru aku untuk bangun dan sujud sunat kepada DIA.

Tapi aku abaikan. Aku buat yang wajib. Itu pun malaikat berkira kira nak letak berapa reward untuk subuh aku yang naik bersama matahari.

Eventhough aku abaikan dan sambung lena aku pagi, DIA bagi aku peluang. Banyak sangat peluang. Orang kata DIA mungkin rindu hamba dia yang sudah lama tak mengadu dgn DIA.

DIA rindu hambaNYA,

Aku cari punya cari, rupa tertinggal jauh di belakang. Sesat cari jalan pulang.

Thursday, September 24, 2015

#50

Aku nampak bayi.
Comel.
Terus aku terbayang masa depan.
Bahagia.

Aku nampak orang bercakap dengan penuh keyakinan dalam dada.
Kagum.
Terus aku terbayang masa depan.
Kelam.

Memang tak ada kena mengena dua situasi diatas.
Saja.

Happy eid adha, gais.

Wednesday, September 16, 2015

#48

Hebatnya kuasa boyfriend.

Bergaduh dengan boyfriend boleh buat mood hura hara daripada celik sampai pejam (unfortunely tk boleh pejam, yelah tidur tk lena, mandi tk basah kan )

Tapi tak boleh lawn hebatnya kuasa aku;

Dapat baca mood orang bergaduh dengan boyfriend.

#plish, jaga sikit aku dan keliling, bukan boyfriend je ada benda tu.kawan  serumah, sebilik, sekelas, sekatil ni pun ada benda tu;

Apa itu ?

Perasaan , girls.

Monday, September 14, 2015

#49

Dear you,

One day I'll write a letter for you.

Start with;

            Dear Husband,

And end with;

            Lots of love, your wife.



I hope I'm a princess in a fairytales.
Yet, it just a hope and fairytales I'm afraid.

Tuesday, September 01, 2015

#46

Aku tahu , kau rasa apa yang aku pernah rasa.

Aku tahu kau suka tapi kau tunjuk benci.
Aku tahu kau sebenarnya takut dia pergi.

Aku tahu sebab aku pernah.

Aku tahu kau takut orang keliling tanda kau sebagai gadis itu dan gadis ini, kau cuba berubah. Tak mahu dikejar masa silam. Tapi hakikat sebenar kau adalah apa yang orang keliling fikirkan.

Aku tahu kau tak mahu dia lari,
Kau tak mahu mata dia tertumpu pada yg lain.
Kau mahu dia berada di hujung tali dan terus bermain tarik tali bersama kau.

Aku tahu sebab aku pernah.

Bangun kawan,

jangan satu hari nanti kau tertawa sendiri mengenang jijiknya perasaan yang kau pernah rasa ni.

Aku tahu sebab aku PERNAH.

Saturday, August 29, 2015

#47

I'm a day dreamer.
I'm an actress.

"Show your flaws, and just be yourself" she asked me to do that.

I was like, myself ?

And I ask myself  ;

                                        "what kind of person you are "?






Friday, August 28, 2015

#45

    







                                     Jangan main main dengan hati aku .
                                             Aku jenis mudah terhibur.









Saturday, August 22, 2015

#44





"Rasanya orang lain tidak pernah ikut campur urusan peribadi kamu.
Tapi mungkinkah kerna urusan peribadi kamu tidak ketemu bahagia sehingga kamu putuskan mahu bercerita tentang peribadi orang lain ? "

           || Tahniah, kamu memenangi simpati dari aku sepenuhnya.||





Thursday, August 20, 2015

#43






                      "I made a promise and I didn't break my promises"










Tuesday, August 18, 2015

#42

You know something went wrong to your body .

Bila tengok love story, kau rasa tetiba nak meleleh.
Rasa mcm ada kupu kupu dalam perut.
Kupu kupu lama, yg dah hampir dua tahun. Kejap ada kejap tak ada.

Rasa sakit tu dekat dalam. Kalau boleh nak masuk tangan dalam badan and squeeze that 'thing'  then say ;



                  " If you don't mind, could you stop hurting me ? "









Monday, August 17, 2015

#41










                      " What types of woman do you like actually ? "















Saturday, August 15, 2015

#40

Hidup yang lumrahnya berputar seperti roda.
Semua manusia tahu, dan semua setuju.

Tapi

Manusia yang tahu dan setuju tu akur ke tidak bila sampai masanya ?
Orang kata , bila kena batang hidung sendiri ?

Can you accept that fate when it comes to your turn ?

Emak selalu bilang,

"Bila kita semakin tua, kita akan kembali menjadi anak anak."

Tapi kanak kanak yang punya ego, pengalaman dan pendirian yang teguh.

We can tiak (panggil) as degil.

Tuesday, August 11, 2015

#39

Dulu ramai orang cakap dengan aku,

"Sekarang memang lah kau cakap kau tak suka sekolah, nanti dah habis sekolah, mesti kau rindu nak sekolah balik. Percaya lah."

Well who-ever-you-are,

Ke mari, saya ingin betul kan ayat ;

Aku tak rindu sekolah.

I just missed friends.

Kiranya, kalau dalam hutan sekali pun diorang plan nak gather or reunion, akan ku turut.

Tapi sekolah,

Banyak yang nak aku lupa banding yang nak aku kenang.

Tuesday, July 28, 2015

#38

Salam Aidilfitri I guess. ;)


aku nak cuba hantar  and I've got 3 more days or less before due date.
Tapi we'll wait and see lah, kalau misi dan visi aku tak terarah ke tempat lain or aku punya nafsu nak msuk tu tak hilang di telan dek nafsu ke arah lain.

//InsyaAllah.


k.
i dah cuti almost 2 months,
semua wishlist seems not to be accomplish. But whatever, I try to make it right. and betapa bongoknye aku boleh buat wishlist panjang tanpa menyedari siapa diriku sebenar. full with "hangat-hangat tahi ayam dalam reban"

antara list to do masa cuti ni adalah menghabiskan novel -novel- novel-novel-novel-novel yang ada kat rumah. seriusly . baru satu aku habis baca. Hahaha.

antara list to do aku adalah lah jugak yang dah blue tick. fikir aku apa ? useless sangat ke?


someone hve told me that

"jangan selalu easy dengan semua benda. orang kata itu, ok. orang kata ini ok. nanti one day takut orang pijak kepala."


well. for me, aku lebih suka cara reverse psychology. which mean, Be a bad by doing a good thing. 


"people who understand sarcasm well are often good at readning people's mind."


so, when I said "Be a bad by doing a good thing" ;
        


                those who can undertand my sarcasm, well done! you can read my mind !

;)


Saturday, June 20, 2015

#37

Salam Ramadhan yang ke 21 tahun wahai diri.

Buat julung kali puasa tak ada kat rumah. oh em ji.

I've been thinking about "over thinking"

I used to and always love to over thinking. aku suka fikir benda yang remeh dan aku sakit kan kepala dan terus tenggelam dalam dunia macam lah tak ada benda nak buat.

I've been crying at 2am until I'm fall asleep alone.
craving for 'something' that I'm not belong to.

sakit.

Tapi benda tu kekadang yang buat aku lelap.


Not Right Decision.

Aku tahu benda tu. tapi bukankah amat susah untuk memahami seorang wanita?

kan?

seorang lelaki sukar untuk memahami wanita, tapi tahukah seorang lelaki, seorang wanita turut tidak memahami dirinya sendiri ?

jadi siapa yang nak disalahkan ni ? haa! angkat tangan.

Blog Mato dah private. And I'aaaaammmmmm so, so, sooo, keciwa.
why? I need '"something" that need to be over-thinking !

Aku jumpa Tumblr nya pulak.
Kebanyakan entri via twitter nya.

ada satu ayat ;





"Have you had a million reason why you wish you never seen the truth? "

-sebab aku tak nk tahu kelemahan aku daripada pihak lain selain diri aku sendiri.
-sebab aku tak tahu nak buat/respond dan decide apa.

Bagi aku, rindu yang sebenar datang daripada jiwa-jiwa bersih.

Itu pasal bila rindu, aku cuba tepis semampu yang boleh. aku tak ada letak keyakinan yang sangat mendalam macam setengah orang.




*jujur, aku doa benda yang sama .aku harap tembok malu runtuh sedikit demi sedikit.

Monday, April 06, 2015

#36



Aku dah janji benda yang aku buat masa form1 adalah yang terakhir  (idk why tapi aku nak ketawa)
seriusly, comes hell or high water. aku tak teringin nak ulang sejarah tu balik.

mungkin aku nak ulang semula, tapi aku kuat kan hati.

atau mungkin ego aku makin menebal.

atau mugkin aku rasa benda akan jadi sama.

atau mungkin ...

  Nothing would be change. 

Wednesday, March 04, 2015

#34




Jadi mula daripada sekarang aku akan berhati-hati.


Jatuh bergolek-golek. dan separuh hati aku mati.

Friday, February 27, 2015

#33

First week, day-5, semester-4.


Aku pernah kata yang aku akan balik semula pada yang asal bila aku balik ke utem.

well, I'm damn right.

sebab aku tak kuat lagi ke?
sebab aku ni bapok sangat ke?

pfftt.

dekat rumah aku kuat. 
kat sini lain macam pulak lemah .




"her" 
aku nak jadi "her" .
Different. 
Aku nak jadi lain pada "dia" dan bukannya sama seperti lain.

Bertuah?
Maybe.

 A Walk To Remember.
Adaptation novel by Nicholas Spark.

aku belum mampu nak baca satu buku daripada dia pun. Not even a single one.

tapi aku tahu aku mampu tengok semua filem yang adaptasi dari novel dia.

I'm really into it.

btw, Shane West betul-betul mengancam. 

Sunday, February 15, 2015

#32




Pernah suatu ketika aku kata pada seseorang,

             aku spesis   " lambat sayang orang tapi paling cepat lupakan orang"

Dia diam. tapi aku sedap kan hati dia.

                               "takpe. Jangan risau"

Dalam erti kata lain i'll change


Well , now i realize that i'm a big fat liar.

I didn't change. Sorry.

Thursday, February 12, 2015

#31

Bila dalam situasi yang membebankan, aku mengaku yg aku lebih suka angkat kaki dalam erti kata lain. 

aku larikan diri.

aku mengaku yang aku tak mahu berhadapan dengan situasi yang membebankan diri aku.
mana mampu aku ?
aku mengaku yang aku terlampau berfikir dengan masalah yang sebenarnya tak adalah besar mana.

ya, katakan aku "membesarkan hal yang kecil"

kecil bagi kau, tapi bukan bagi aku.

Dunia aku pernah gelap seketika. dan percayalah. aku tak mahu kembali kepada itu semula.

aku tahu macam mana rasa hidup selalu mencari kesalahan orang tanpa sedar kesalahan sendiri.
aku tahu macam mana rasa hidup bila tak mampu mengawal emosi tanpa sedar yang banyak hati terluka.
aku tahu macam mana rasa hidup bila diri tak mampu nak jaga hati sendiri.


*I'm begging you,please don't give up on me.

Wednesday, February 04, 2015

#30

aku terasa nak menaip. itu je yang mampu aku reka alasan.


aku tak mampu nak jadi perempuan yang betul cukup sempurna .
untuk ayah dan emak sendiri pun belum cukup lagi apatah lagi untuk orang lain.

aku tak cari mana-mana salah melainkan diri aku sendiri.
mana mungkin aku nak tunjuk salah orang kalau aku belum cermin diri sendiri.

tapi untuk seketika, anggap aku manusia.
yang sifatnya lalai dan jahil.

Aku tahu cita-cita aku besar di hadapan tapi aku masih lagi berdiri di tempat yang sama.
Masih lagi mencari-cari benda yang aku sendiri tak pasti.


“Ya, kita memang seiring mengatur langkah, tetapi arah yang berbeza"



*kalau lah kau tahu yang aku tiap malam kumpul saham dosa sebab teringat kan kau.

Saturday, January 24, 2015

#29

persetankan semua.

ok. akak tak ada cerita tapi jari akak gatal nak menaip. so, akak ikut kan je lah gatal jari ni.
malam ni, akak nak bincangkan pasal tapoc, hmm, random jelah. malas nak fikir panjang.


tadi aku ada lihat satu makhluk yang memang daripada dulu aku rasa macam menyampah gila-bagai-nak-mati.
aku pun tak tahu nak mula daripada mana, sejarah dia dengan aku memang panjang gila. G.I.L.A

pernah tak rasa, 

              benci -> suka -> benci

haaa, anggap lah situasi dia macam ni. aku tak menyesal. serius shit.

aku tak pelik kenapa aku rasa kebanyakkan lelaki sangat "lelaki" sifatnya.
maksud aku "lelaki" sifatnya ialah sangat-sangat-sangat mencetus emosi meluat aku.
aku bukan nak buat discrimanation gender or whatever. tetapi menurut kajian aku yang lepas-lepas. *eceh, macam dah lama hidup. HIHI.


kadang-kadang aku rasa macam tak adil aku letakkan semua lelaki dalam satu kumpulan lelaki s**t, tapi itu keadaan aku daripada dulu memang berperasaan seperti itu. dan aku tak kisah andai ada lelaki yang letak aku dalam satu kumpulan perempuan h**s

mungkin ada ayat "tak semua lelaki macam gitu"
yes. I admit it . tapi aku tak jumpa lagi. so let me continue with my opinion about boys.

"boys are stupid, some men too." quotes ni aku ambil dari buku hlovate. dan asal ayat ini daripada. ahh google sendiri. 
aku pegang ayat ni. dan masuk matrik, aku kukuh kan dalam hati.

tiap kali aku terpandang/terdengar/terbaca/ter itu/ ter ini  nak mengorat perempuan aku secara automatic nya akan.....


Hmmmmm.. kalau boleh aku nak lari jauh. aku malas nak kumpul dosa mengutuk orang.

mak aku tak akan setuju dengan  pendapat aku. dia marah. itu pasal aku tak cerita pasal benda macam ni lagi dah. sebab... sebab malas lah. hahah.

mak aku beranggapan bahawa kita, kaum perempuan harus melayan lelaki baik. 
baik, aku terima itu sebagai nasihat.
aku layan baik je (aku tak de le reti mana nak manis mulut dengan lelaki, aku rasa macm mengurat diri sendiri doh, geli. ) At first lahh. kalau dia baling taik, masakan aku mahu bersabar. aku akan campak dia dalam loji taik.
emm, tapi sejak dah "matang" (HAHA) ni, aku boleh kawal lagi mulut, zahirnya inshaAllah aku dah boleh kawal walaupun kekadang experessi aku tertunjuk sedikit, kalau-kalau ada yang perasan lah.
batin nya, aku minta maaf. aku tak boleh nak kawal dengan baik lagi. 


aku bukan manis mulut nya, bukan tahu bagi lelaki layanan baik, kebetulan dapat pula lelaki yang emmm...

"kasarnya cakap,"
"garang sangat kenapa?"
"apehal cakap macam tu?"

boleh aku kategori kan lelaki ini sebagai "annoying"?

pada pendapat aku, lelaki suka perempuan yang pandai melayan. manja, manis, baik, sopan santun, 

aku sebut gedik marah tak?


*aku rasa nak gelak.

mak aku kata tak payah jadi mengedik-gedik, layan bebaik, cakap elok-elok.
sorry mom, anakmu tak dapat bayangkan perempuan yang tak gedik tapi layan lelaki baik-baik.
MAYBE THERE IS some girls yang macam gitu, tapi aku BELUM TAHAP ITU.


macam mana nak kahwin kalau tak berkawan dulu?

soalan macam ni aku akan jawab dengan cara aku sendiri.
nak kawan-kawan jelah, ape masalah dengan kasar?
macam mana nak tahu perangai sebenar seseorang tu kalau tak berani ambil risiko berkawan dengan perangai dia yang macam itu?

aku selalu fikir,

                  bukan ke sesuatu perkahwinan yang menyatukan dua hati perlu ada kejujuran dan menerima                         baik buruk sesama sendiri?

bukannya perangai tu tak boleh ubah, boleh je.



nota kaki: kalau aku HAHA, HIHI ,HEHE.aku being sarcasm dengan benda yang buat aku annoying.

Friday, January 16, 2015

#28

ada seorang manusia yang aku kenal baik ini punyai satu cerita.

dia bukan manusia yang dia rasakan hebat sekali gus sempurna pada mata yang lain.
dia kata pada aku "seriusly, aku ni cantik jugak kan" muka selamba berlagak cakap depan aku. dihujung kata, dia ketawa.
aku tahu dia tak maksudkan itu. dia hanya BERANI menyatakan dihadapan yang dia rasa sahabat. Yang dia rasakan dia boleh jadi diri sendiri dihadapan sahabat sendiri.

tapi aku yakin, jauh dalam dari lubuk hati dia, ....

Dia terlalu kekurangan sehinggakan dia rasa yang dia masih belum mampu menjaga hati sesiapa dek kerana dia masih belum mengubah jalan hidupnya , tembok yang dibina selama ini makin lama makin meninggi dan kukuh. lebih kukuh dari sebelumnya.

"aku tak nak dapat suami perangai teruk sama dengan aku" Dia berkata.
"maksud?" aku tanya.
"Maksud aku, kalau perangai aku buruk, aku akan dapat lelaki perangai buruk juga.Dalam Quran dah tulis." dia balas.

aku diam.

"jadi berubahlah." aku tambah.
"bukan senang." dia jawab.


Dia pernah bercerita perihal angan-angan kecilnya.
tiap malam dia akan tersenyum dan ketawa. mata seakan nampak masa hadapan.
tapi mulut yang bercerita tidak seiring dengan hati yang merasa. aku tahu itu.
Bila mulut bercerita, semua manusia percaya tanpa berfikir panjang. lalu mengindahkan lagi angannya.
sedangkan dalam hati dia... masih menafikan.

"dalam cerita ini, dia mewakili aku, dan wanita itu sebagai dia." dia berkata lagi,
"Aku berjalan sendirian rupanya selama ini."


Friday, January 09, 2015

#27

2015.
post pertama untuk 2015. Feel blessed.

alhamdulillah, habis utnuk tahun kedua sem pertama.

tak mudah. memang tak mudah untuk aku. serius talk. macam-macam juga lah yang nak aku sumpah seranah kan. hihihi.

exam berjalan lancar. "emm. lancar sangat"

dan aku dah nampak dah  setiap orang tipa kali exam.

ada yang ..... emmmm. tak elok mengumpat.

okay, aku tak belajau, tapi aku cuba kejar dengan belajau 5 chapter dalam satu malam.
well, mak aku pun kata aku hebat. 
kemudian aku cuba jadi macam orang gila bila aku tak dapat habiskan 5 chapter , pura-pura tertekan la. yelah, biasa orang yang kuat study ni tertekan sikit bila nak masuk exam or tak habis cover topic. BIASANYA lah. yang lain aku tak tahu lah. kah.

kemudian lagi, aku nak bagitahu yang aku ni selalu sangat buat hitam hati, suka sangat buat menyampah dengan orang sampai ke dewan aku bawa hati macam tu. 

aku bukan tuhan, aku cuma mampu nak kutuk dalam hati je. 
aku bukan malaikat. aku tak baik. aku cuma mampu menyampah dalam hati je. 

aku kekadang nak rasa diri aku ni hebat juga rupanya. yelah . ada jugak yang terasa tercabar dengan aku.

kalau lah boleeehh..,
nak pesan dekat awak supaya pesan dekat kesayangan awak kata dengan dia, yang saya tak hamak pun dekat awak... 

hihihi