Saturday, January 24, 2015

#29

persetankan semua.

ok. akak tak ada cerita tapi jari akak gatal nak menaip. so, akak ikut kan je lah gatal jari ni.
malam ni, akak nak bincangkan pasal tapoc, hmm, random jelah. malas nak fikir panjang.


tadi aku ada lihat satu makhluk yang memang daripada dulu aku rasa macam menyampah gila-bagai-nak-mati.
aku pun tak tahu nak mula daripada mana, sejarah dia dengan aku memang panjang gila. G.I.L.A

pernah tak rasa, 

              benci -> suka -> benci

haaa, anggap lah situasi dia macam ni. aku tak menyesal. serius shit.

aku tak pelik kenapa aku rasa kebanyakkan lelaki sangat "lelaki" sifatnya.
maksud aku "lelaki" sifatnya ialah sangat-sangat-sangat mencetus emosi meluat aku.
aku bukan nak buat discrimanation gender or whatever. tetapi menurut kajian aku yang lepas-lepas. *eceh, macam dah lama hidup. HIHI.


kadang-kadang aku rasa macam tak adil aku letakkan semua lelaki dalam satu kumpulan lelaki s**t, tapi itu keadaan aku daripada dulu memang berperasaan seperti itu. dan aku tak kisah andai ada lelaki yang letak aku dalam satu kumpulan perempuan h**s

mungkin ada ayat "tak semua lelaki macam gitu"
yes. I admit it . tapi aku tak jumpa lagi. so let me continue with my opinion about boys.

"boys are stupid, some men too." quotes ni aku ambil dari buku hlovate. dan asal ayat ini daripada. ahh google sendiri. 
aku pegang ayat ni. dan masuk matrik, aku kukuh kan dalam hati.

tiap kali aku terpandang/terdengar/terbaca/ter itu/ ter ini  nak mengorat perempuan aku secara automatic nya akan.....


Hmmmmm.. kalau boleh aku nak lari jauh. aku malas nak kumpul dosa mengutuk orang.

mak aku tak akan setuju dengan  pendapat aku. dia marah. itu pasal aku tak cerita pasal benda macam ni lagi dah. sebab... sebab malas lah. hahah.

mak aku beranggapan bahawa kita, kaum perempuan harus melayan lelaki baik. 
baik, aku terima itu sebagai nasihat.
aku layan baik je (aku tak de le reti mana nak manis mulut dengan lelaki, aku rasa macm mengurat diri sendiri doh, geli. ) At first lahh. kalau dia baling taik, masakan aku mahu bersabar. aku akan campak dia dalam loji taik.
emm, tapi sejak dah "matang" (HAHA) ni, aku boleh kawal lagi mulut, zahirnya inshaAllah aku dah boleh kawal walaupun kekadang experessi aku tertunjuk sedikit, kalau-kalau ada yang perasan lah.
batin nya, aku minta maaf. aku tak boleh nak kawal dengan baik lagi. 


aku bukan manis mulut nya, bukan tahu bagi lelaki layanan baik, kebetulan dapat pula lelaki yang emmm...

"kasarnya cakap,"
"garang sangat kenapa?"
"apehal cakap macam tu?"

boleh aku kategori kan lelaki ini sebagai "annoying"?

pada pendapat aku, lelaki suka perempuan yang pandai melayan. manja, manis, baik, sopan santun, 

aku sebut gedik marah tak?


*aku rasa nak gelak.

mak aku kata tak payah jadi mengedik-gedik, layan bebaik, cakap elok-elok.
sorry mom, anakmu tak dapat bayangkan perempuan yang tak gedik tapi layan lelaki baik-baik.
MAYBE THERE IS some girls yang macam gitu, tapi aku BELUM TAHAP ITU.


macam mana nak kahwin kalau tak berkawan dulu?

soalan macam ni aku akan jawab dengan cara aku sendiri.
nak kawan-kawan jelah, ape masalah dengan kasar?
macam mana nak tahu perangai sebenar seseorang tu kalau tak berani ambil risiko berkawan dengan perangai dia yang macam itu?

aku selalu fikir,

                  bukan ke sesuatu perkahwinan yang menyatukan dua hati perlu ada kejujuran dan menerima                         baik buruk sesama sendiri?

bukannya perangai tu tak boleh ubah, boleh je.



nota kaki: kalau aku HAHA, HIHI ,HEHE.aku being sarcasm dengan benda yang buat aku annoying.

No comments: