Monday, December 22, 2014

#26

Berat rasanya untuk sem ini. serupa macam  sem1<sem2<sem3 . beban di tengah. dengan keadaan keliling yang aku rasa sesak kekadang. sungguhlah, aku rasa ujian untuk kali ini hebat.

aku serius takut nak tahu ujian akan datang. aku takut rebah dan tak bangun. itu je.

mana boleh aku melangkah dengan perangai macam ni. aku belum bijak nak atur langkah sebenarnya. dan yang paling penting aku belum bijak mengawal hati.

kekadang aku fikir juga, salah aku ke teruskan benda yang aku tak minat?
salah aku ke teruskan benda yang aku rasa aku boleh cuba selagi termampu?
salah aku ke rasa terbeban dengan benda yang di luar pengetahuan aku ?

untuk sem ni, bengkel 1 aku kena hadap.
bengkel mcm masak-masak tu tak pe, tak sedap boleh telan juga, senyum sambil pandang evaluator and sv kate "sedap nye ya ALLAH !"

ini tidak. bengkel 1 yang merujuk kepada, coding membunuh. full.

tapi sebenarnya. bila fikir balik, aku tak pernah pun terfikir boleh pergi sejauh ni. i mean orang macam aku yang tak minat . kira ok what boleh pergi sampai mcm ni. kah.

kadang, aku nak juga reward sebagai orang yang belum tarik diri dari medan perang.


sedangkan aku nak tunjukkan pada semua yang aku belum terlambat. even beberapa saat sebelum masuk bilik presentation. 


hahaha

Friday, October 10, 2014

#24







aku belum cukup hebat lagi nak dibandingkan dengan boneka kesukaan kau . Jangan bandingkan aku sebab aku tak mahu berubah demi manusia lain.




okay. update.

Saturday, September 06, 2014

#23

hari ni. 5 sept.
esok 6 sept.
lusa 7 sept.

esok aku daftar for second year.
yurp. second year. semester3.

biasa kalau orang tanya "da ready ? "
 biasa juga aku akan jawab "ready tak ready , kene hadap juga."

kalau aku hermione dalam harry potter tak pe gak. tak ready je, kluar jampi.

poof!

masa berhenti .

ni tak hade pun. jampi-serapah-sumpah-seranah pun tak jalan juga.

tbh, aku tak tahu pun apa benda yang aku belajau sebelum ni.
maksud aku, aku belum pernah alami situasi di mana aku langsung tk tahu apa yang aku belajau.

contoh zaman sek ren; err..okay, maybe zaman ni aku paling worse sebab serius aku cakap, upsr aku hanya jalan masuk dewan then tetiba keluar. bila ingat balik, aku tak tahu bila aku duduk exam. aku tak tipu. zaman tak bercahaya masa tu. aku tak tahu apa yang aku nak kejau. tu yang tinggal kat belakang tu.

smk pula... well aku tak lah kata aku terus dah jumpa jalan. at least aku dah nampak lah ada sikit sinar dihadapan. herher. yelah, keliling sume aura power-power. takkan kau tak terserap sekali kan. masa tu aku rasa hidup aku berubah 180 darjah . knp 180? sebab aku tak pasti cahaya yang aku nampak tu, betul-btul cahaya atau pantulan daripada cahaya.  mampus tak nak layan kalau tak paham .

aku tak berubah, tapi aku ada perubahan .

yelah walaupun ada subjek yang mmg aku tk boleh nak hadam. contoh paling dekat pizik. bodoh an? maybe sebb die relate dengan addmath. puihh. addmath pun aku bole jalan sebab ada aura hitam sir yen. kekadang bila aku belaja tak paham-paham otak aku akan merembes hormon-hormon tak tentu pasal. macam soalan bodoh bangang keluar dari mulut.
sampai satu tahap aku akan kata "ape benda yang aku belaja ni?"
"lepas pekse kat mane aku boleh gune bnde aku belajau ni?"
"apa gune aku belajau bende ni?"
"ape nak buat?"

something mcm tu lah...

itu pasal aku envy dengan orang yang dapat sambung kos yg diowang nak. yang heading twrds diowang punya cita-cita.
serius even dah nak masuk second year ni pun, aku still tak boleh buang perasaan terkilan bila tgk ada yang dapat kos yang mmg diowang nak.

aku dah lari motif dah ni.

motif aku sekarang nak kata yang sem 1 aku tak tahu apa yang aku belajau.
sem 2 pun aku tak tahu apa yang aku belajau. selain daripada masuk beberapa kali dalam lab yang ada beberapa pc mac.

dan aku harap, sem 3 aku tahu lah apa yang aku belajau, selain aku mungkin jadi gila menghafal suku kata cina. which aku dah tgk ex roomate aku hapal.

Friday, August 08, 2014

#22

Hari ni, lain sikit die punya fiil.
malas, tapi bergerak.

selalu malas, ( I mean really malas)
tahap landing kt kusi-tekan-remote-control.


kau tahu apa dilema bila masuk umur mcm ni?

yezza! married.

well. dengau "married" pnye word pun ade gase ngilu sikit punye hebat dekat telinga. boleh terribly bleeding.
apa yang hebat cita aku daripada orang lain, mak gua bagi green light daripada lpas gua tamat alam persekolahan giituu. kira sekarang ni greenlight dia lagi terang ar.macam lampu kat stadium. sakit mata, telinga kekadang mulut pun ringan je nak bercakap.

kalau mase sekolah emak bagi moral support sebegini, okay gak. mase tu nafsu menelinjang gatal tahap babun. (Sekarang bukan lah tk de nafsu nyet.) tapi more kepada kewarasan berfikir. bukan aku kate kahwin awal tu tak waras. nehi. 

Imagine.

kau nak kahwin. (laki dan perempuan bersatu)
laki bawa karakter yg berbeza same goes with you.

so, kau kene create satu line/ jalan yang boleh bgi both of you sebumbung, I mean sekepala, sekufu? se..angkatan? sejiwa seraga? shit . sampai tak maksud aku ni? 

thought aku . lagi.

Im not that type person. kalau dulu aku asyik berangan tahap cipan nak kahwin begini lah, begitu lah. nak cari laki macam ni lah, macam tu lah. but think about that again; aku ni dah mampu ke nak terima kurang budak tu? there's no such a fucking perfect guy kat luar sana ! and me too. tak perfect. Imperfection aku maybe salah satunye tak terima imperfection orang. Ha! who knows? (seriusly.jangan bagi aku perngai macam tu ya allah ! *nangis) 


aku pernah jugak bincang (amboi, bincang !) benda mcm ni dengan mak aku. well, orang tua. she knews better than us. aku cite yg aku gila-gila tk cukup bagus nak jaga anak orang (apa, fikir laki je ke boleh guna ayat "nak bagi makan apa kat anak orang?) perempuan pun nak kene jage anak orang jugak. suami tu, anak tapir ke? 

//aihh. aku rase mcm da 2526,27,28,29,... tahun pulak.

sambung balik.

mmg bila berangan tu nampak macam da bersedia nau nak kawen. tang yang realiti tu nnti. 
fikir novel? kahwin paksa-benci-gaduh-fall in love? kalau jadi kenyataan tak pe. aku pun nakk.
takut yang part; haihh. pergi bace buku pelacur kelas pertama--MelatiRahim. padam terus memori nak kahwin.

pernah tak, dalam kepala hotak kau tu, ada dua pendapat?

satu, pendapat mcm aku bebel kat atas ni, 

dua;

-you're not gonna be PERFECT. sampai ke mati. never. then bila pulak nak kahwin? tak nak guna dialog "jangan melawan cakap ibu, syurga kat bawah telapak kaki ibu ni tau." ke? sambil senyum pandang anak kau. mesti comel. *kelip-kelip -mata-tongkat-dagu.

- kalau rasa diri kurang ilmu, kenapa tak cari? 
kalau rasa tk bgus masak, emak kat dapur, jangan le melekat lagi kat depan.
kalau rasa tak cukup amal, cukupkan lah.
kalau rasa nak suami terbaik, dalam istilah lain, The perfect husband-to-be for you (only), try to be the perfect wife-to-be for him.


dua thought ni, berperang saudara dalam kapla den.

 



Sunday, June 29, 2014

#21

RAMADHAN. sekali lagi.

syukur.

kekadang aku rasa hipokrit pun ada.
macam main-main dgn hukum pun ada.

entah.

kadang-kadang luar sedar.

"benda yg kita suka tak semestinya baik untuk kita,
benda yang kita tak suka tak semestinya buruk untuk kita"

bukan quotes. Da termaktub dalam Quran.

"boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216."

*copying

sayang seribu-ribu-ribu-ribu kali sayang.

tahu. tapi tak hadam.
hadam. tapi tak amalkan.



Wednesday, June 18, 2014

#20

siapa yang tak mahu bangkit dari kegagalan.
semua mahu bangkit dan terus berjalan.

walaupun dengan kekurangan.
walaupun dengan kesakitan,
walaupun dengan kenangan.

sekuat mana hati, masih belum mampu mengawal nafsu.
masih belum mampu mengawal amarah,
masih belum mampu mengawal hasad.
masih belum mampu mengawal perasaan.

manusia. kekurangan bukan kelebihan.
kalau dah terikat hati, bukan senang nak lepas.

kalau dah sayang,spender koyak pun sanggup jahit daripada buang.
sayang.
sebab itu je.

Saturday, June 14, 2014

#19

Aku  cuba nak jadi lain.
Lain daripada yang dulu.

Aku nak 'berdiri'.
Biar orang nampak aku 'ada'.
Biar orang nampak aku 'hidup'.

Biar rasa memerlu dan diperlu.

Tapi separuh aku, 
Tak nak benda tu.

aku nak orang pandang aku. Lama.
sebab sedang memproses ingatan. 
'siapa budak ni?'
'Budak baru ke?'
'Tak pernah nampak pun.'

aku nak ada dalam kalangan orang.
kalangan orang yang dipandang
tanpa aku dipandang.


#MindBlowing  mungkin?

Monday, June 09, 2014

#18

Aku sudah reka satu angan jalan cerita hidup.
Hidup aku, kau .Bersama.
Dan aku harap angan mampu jadi realiti dengan kuasa-Nya.

Tapi macam aku cakap; aku gayat.
gayat nak panjat tinggi-tinggi.
takut bila jatuh, tak sedarkan diri.
bila sedar pula, takut hati dah mati.




Sunday, June 08, 2014

#17

"kau tahu, semua lagu tu kenangan?

kenangan bodoh yang kita cipta.
kemudian kita tinggalkan.
kemuadian lupa.
kemudian kenang semula."




Wednesday, June 04, 2014

#16

you don’t know anything
If you loved someone, then you will know me

Could you become me?
Could we exchange our hearts?

If you loved this much you will know my heart
You will never know my heart,
wanting to protect someone for the first time

You can lean on me, it must of been hard for you,
you waited a long time
it took too long to come back to you
Hope this isn’t just accidental
My heart knows you first and tells me
I was waiting for you

Love changes a lot of things
even things you think that could never change
Even changed my little habits

In the end I hope it will be you
The person that will be with me,
That person will be you

You can lean on me, it must of been hard for you,
you waited so long
Took too long to come back to you
I hope this isn’t just accidental,
My heart knows you first and tells me
I was waiting for you

It was love from long before
I will scream to the world that I love you
I will protect you from now on
Even if my body changes,
My heart is still here
My heart knows you first

Friday, May 16, 2014

#15

ikutkan hati nak sangat lihat pelangi. 
tinggalkan yang kelabu jauh dibelakang.

ikutkan hati nak jadi sebahagian pelangi.
rasa hidup.

ikutkan hati;
 tak mampu kaki nak bergerak tinggalkan kelabu.
ikutkan hati;
 nak bawa sekali kelabu, lihat pelangi.
jadi sebahagian pelangi.

sekurang-kurangnya, pada titik akhir; mampu lihat pelangi lain.
senyuman ketawa beramai.

Tuesday, May 13, 2014

#14

"oke dtg sini bak --- jd student. kamu keje sini peluh-peluh.haha"


#deep.
walaupun ada 'haha' ending die tu. tapi aku tk ambik pusing
sebab aku ambik isi die.
boleh tahan dalam gak woo.


thanks////

Sunday, May 11, 2014

#13

"Sama.Sama tapi berbeza identification number.sama apa yang aku lihat, dengar dan yang paling penting apa yang aku fikir. aku tak nak ubah pemikiran sampai aku jumpa yang unik, misteri, louder in action rather than word. "




aku tak harap lagi mata lain kat sini.
sebab aku rasa macam,
 tangan digari,
ayat ditapis,
akal disekat,
hati di----,

Friday, May 09, 2014

#12

aku tak nampak mana lebihnya cinta berbanding akal manusia.
aku tak nampak apa lebihnya cinta berbanding dengan hati manusia.

apa yang aku nampak sekarang, cinta tu berkuasa.
betul lah kot, "cinta itu buta".
akal dan hati dikawal.

aku tak nampak alasan apa untuk buat benda macam tu.
apa perasaan?
apa perasaan bila buat benda macam tu?

bahagiakah?
dapatkah apa yang di idamkan?
apa yang di angankan?

kenapa lari bila dah buat orang JATUH?
kenapa pergi bila dah buat orang TERBANG?
kenapa ambik balik SENYUMANyang pernah diberi?

apa yang ada dalam kepala aku hanya "kenapa?"

#11


Trashing,
virtul memory,
physical memory,
pages tables,
Buffer,
base register,
Bound register,


"JANGAN MERUNGUT."
  
                                            Noted.

Tuesday, May 06, 2014

#10



aku nak rasa hidup.

perasaan jatuh bangun.

perasaan bahagia kecewa.

perasaan terumbang-ambing.

perasaan teruja .

perasaan terburu-buru.

perasaan tersenyum bila terkenang benda lepas.

perasaan tersengih bila teringat benda bodoh yg lepas.

perasaan ketawa bila bercerita kisah lepas.

perasaan nak mencuba benda baru.

segala macam perasaan.

dari sekecil-kecil pengalaman, sampai sebesar-besar pengalaman.

mana nak dapat?

Sunday, May 04, 2014

#09

"TAK KAN MATI PUNYA KALAU TAK DAPAT CINTA DUNIA. SELAGI KAU RASA YANG KAU ADA CINTA DARI PENCIPTA"


Kejar benda yang semakin lama semakin meninggalkan kita. tak pelik?
tak perasan yang keliling dok perhati perilaku yang semacam tak berakal.

fikir itu yang terbaik sedangkan itu yang paling buruk untuk hidup.
bila bala datang, semua benda nak terngada. 

Tuesday, April 29, 2014

#08

Ada banyak reason kenapa aku rasa jadi perempuan ni amat melecehkan.
dengar ayat aku memang macam tk sedar dek untung, tak reti nak bersyukur.

kau tahu, kadng-kadang nasib kita ni bukan photostat, apa yg asal, itu lah yang tercetak untuk semua nyawa.
kau mungkin warna putih lebih sikit, aku putih kurang, hitam yang banyak.

bila mood swing, kau fikir bagus sangat diamkan diri? menanah dalam woi.
bila kau bersuara, bernanah pulak telinga, hati orang. sbb kelancangan berbicara kau pada ketika kau rasa kau lah yang paling betul dalam semua hal. itu shit. aku benci itu.

aku tahu perasaan aku, tapi aku tak tahu macam mana nak control. perempuan yang luar dia cool gila nak mampus pun, balik bilik belum tentu mampu nak tahan rasa jerit tak bersebab, sedih tak ada berpunca,and menangis without any causes.

aku bukan kaki air mata. tapi aku panas luar dalam. panas dalam aku tu kadang-kadang ter'expressi' sampai ke luar. semua benda tak betul, lepas tu nak mengamuk tk bertempat. (aku wonder jugak nasib suami aku nnti. hiks.) mulut jangan cakap ar. pisau pun tk tajam. nak-nak kena pulak dekat orang yg  mood tengah swing jugak. perghh! mmg terbaik. kau lost control, die pun sama. da tu tak ada sapa nak bantu. da besar, fikir sendiri.

serius aku cukup malas, penat , fed up nak kawal perasaan. perempuan ni, bnyak mood tau! susah gi-los nak bajet kesabaran tu.

mmg ar lumrah, tapi kalau dh tiap-tiap 'due-date' begini kehidupannya, begini ceritanya. mmg tak ar aku nak layan. Bosan doh. tak ingat tarikh pun gua boleh mengamuk. babbling .

 apesal tk ingat tarikh, bengong nak mmpus, jadi student pun tk ingt tarikh. ...bla. bla. bla.


tapi bila fikir balik, kalau aku lelaki; lain pulak cerita.


Wednesday, March 19, 2014

#06

The mess I made by Parachute.

Aku suka
Suka dengan lagu tu.

macam kena dengan hidup aku.
kalau sebelum ni, aku tercari-cari cerita aku disebalik lagu yang aku dengar,
tapi tak pernah yang nak jumpa.
at the end, aku hanyut dalam imiginasi sendiri.


Bukan suka-suka aku nak jadi macam tu.
Jauh sekali nak jadi Siti Khadijah.
terlalu jauh. 

tapi fikiran tak fikir salah pun.
buat apa yang hati rasa betul.
Bukan NAFSU.
tapi tak semestinya yang MANIS tu baik untuk kita.
yang PAHIT tu buruk untuk kita.

Sunday, February 16, 2014

#05

Playing Demons by Imagine Dragon.

tak ada benda yang kelakar selain daripada kau argue dengan mak kau antara nak pergi rumah kahwin dekat-dekat dengan rumah dengan nak cepat-cepat balik U disebabkan kau nak satu roomate dengan member kau.

tak ada benda yang "kelam-kabut "kan selain daripada kau bagun pagi lepas tu dapat message daripada member kau kata yang dia da gerak balik U sedangkan kau baru terjaga daripada lena sebenarnya.

tak ada perkara yang lebih "give up"kan selain daripada kau terpaksa cakap dekat member kau yang kau izinkan je yang die berdaftr dengan kawan lain. dalam erti kata lain, kau redha die dengan member yang lain dan kau dengan sesiapa.

tak ada perkara yang paling lawak bila ku dapat lagi pesanan ringkas daripada member kau mengatakan (mengatakan..amboii, improve betul BM aku.) yang pihak uni tetap kan bilik dan roomate iaitu bilik dan roomate yang sama seperti sem lepas.dan kau cakap dengan mak kau;

 "ma,jom. Ke rumah kahwin dulu." *ketawa

tak ada perkara yang memalukan selain daripada dengan selamba badak angkuh nak mampuih kau sebenarnya dah cakap dengan roomate kau tu yang kau dah ade plan duduk dengan orang lain.tahu-tahu je kau kena menghadap dia lagi se sem.

tak ada perkara yang bahagia bila mak kau bagi solution untuk menghadapi malu kau yang sedozen tu dekat roomate kau.(MAAF.solutionnya rahsia abadi anak-beranak)

tak ada perkara yan meng"happy"kan selain daripada kau datang untuk daftar kau terkinja-kinja keriangan sebab kau jumpe member-member sekepala kau yang sebulan tak jumpe, subulan tak membebel panjang,sebulan kau hilang bekalan nak gelak bagai nak gila,sebulan kau luput jadi gossip girls.

tak ada perkara yang menyeronokkan selain daripada kau baru je masuk, malam tu kau dah order MCD delivery dan melepak dalam bilik kawan.

tak ada perkara yang membahagiakan bila kau berbual panjang daripada satu topik ke satu topik lepas tu patah balik topik yang awal . nampak kehebatan wanita? 

tak ada perkara yang kelakar bila kau bergossip panjang daripada topik (sedang memikir...) kejadian-kejadian kelakar dekat rumah, pramugara handsome, makanan sedap,abang handsome,perihal kahwin awal, kahwin lelaki 40 ke ats, kahwin lelaki kaya, sampai ke berita panas baju neelofa macam power rangers(hahah.) ,masuk pulak Hatta Dolmat selaku pereka fesyen baju Neelofa,Politik tak ketinggalan,harga barang naik sudah semestinya, keseksian abil(nabilla huda),kecantikkan Anzalana, membawa kepada persoalan;

"kebiasaan polis, pasangannya kebanyakkannya nurse.Kenapa? huraikan"

membawa kepada nak kahwin dengan lelaki yang beruniform,secara kebetulan keluar aksi lawak tahap gaban, lepas tu membawa kepada topik ariana rose disebababkan salah sorang pelakon ariana rose(bos kepada ariana) seorang bekas bomba (lelaki beruniform). perbualan berterusan sampai salah seorang  daripada kau tersedar yang isyak kau dengan dia belum berbayar lagi, jam 12.

tak ada perkara yang memelikkan selain daripada kau balik bilik nak bayar solat isyak kau dengan keadaan telefon roomate kau yang muzik terpasang dengan dia yang da terlelap. nak diusik telefon orang, nak dikejut, takut mengganggu. solat lah kau dalam berlatar-belakangkan muzik.

tak ada perkara yang buat kau tersenyum sensorang bila pagi-pagi kau diisi dengan bebelan roomate kau yang minta diperhatikan sedangkan kau leka denga kertas MUET dan sibuk scrol TL facebook. kepura-puraan is the best solution. hormon-horman otak segar mengerah tenaga untuk menghasilkan soalan-soalan kepada bebelan yang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri kau tu.(soalan selamat).

tak ada perkara yang nak buat kau excited+takut+tak tahu nak describe macam mana menanti apa yang jadi di masa depan.apa memori yang bertambah dalam hidup kau, apa perkara yang bakal menghiasi (kabaaboomm! ayat kau) hari-hari kau.

Friday, February 07, 2014

#04


Pernah aku rasa nak berlari.
pernah aku rasa nak melompat tinggi.

yang manis aku bawa bersama .
yang pahit aku tinggalkan.




pernah jugak terfikir untuk tinggalkan semua.

semua sekali.
bawa diri yang berlompong kosong.
mencari identiti yang baru.
meneroka sesuatu yang segar.
melihat sesuatu yang asal.


tapi,

kemana yang nak aku tuju?
kalau ke fitrahNya aku kembali.
kalau ke lumrah manusia aku huni.
yang asal aku kembali.


Tuesday, February 04, 2014

#03

Now playing standing in the dark by Lawson. random.
terasa nak menaip.tapi tak tahu nak taip apa. klise kan?

cuti still berbaki 2week plus minus. muet tak sentuh. yeaah babeyh.. repeating muet.benda yang sebelum ni aku confident nau boleh lepas and benda sebelum ni yang aku rasa macam "aaahh. small matter."--> now its become a bigger matter//problem for me. -__-  padan muka. maybe tak jadi problem kalau utem bagi aku graduate dengan band 2 tu... haaa, salah siapa sekarang? siapa suruh letak bench mark band3.

aahhh.. apa bebel nii oii. kbai.

Saturday, February 01, 2014

#02

Take my hand, I'll teach you to dance.
I'll spin you around, won't let you fall down.
Would you let me lead? You can step on my feet.
Give it a try, it'll be alright

The room's hush hush and now's our moment.
Take it in, feel it all and hold it
Eyes on you, eyes on me.
We're doing this right.


'Cause lovers dance when they're feeling in love
Spotlight's shining. It's all about us
It's oh, oh, all
About uh, uh, us
And every heart in the room will melt
This is a feeling I've never felt
But it's all about us

Suddenly I'm feeling brave
Don't know what's got into me
Why I feel this way
Can we dance real slow?
Can I hold you real close?

The room's hush hush and now's our moment
Take it in, feel it all and hold it
Eyes on you, eyes on me
We're doing this right


Do you hear that love? They're playing our song
Do you think we're ready? Oh, I'm really feeling it
Do you hear that love? Do you hear that love?

Do you hear that love? They're playing our song
Do you think we're ready yet? Oh, I'm really feeling it
Do you hear that love? Do you hear that love?

Do you hear that love? They're playing our song
Do you think we're ready yet? Oh, I'm really feeling it
Do you hear that love? Do you hear that love?

Lovers dance when they're feeling in love
Spotlight's shining. It's all about us
It's oh, oh, all
Every heart in the room will melt
This is a feeling I've never felt
But it's all about us

'Cause lovers dance when they're feeling in love
Spotlight's shining. It's all about us
It's oh, oh, all
Hey, hey, hey
(And every heart in the room will melt)
This is a feeling I've never felt
But it's all about us

Thursday, January 23, 2014

#01

assalamualaikum.
wOw!, itss beeennn a long long longlonggggg time tak update blog. heh. hai awak ! i mean awak-awak. haha. kbai.

rasanya macam ini entry aku yang pertama for this year, 2014 !! yeaah! I'm now 20 (well, not officially 20 yet) heehh, but who cares i love 20. haha. ada je ramai orang cakap, being a 20 mmg rasa mcm heaven coz kau akan rasa macamm... young into adult. huh? paham? k whatever. act, aku tak lah pulak rasa super-dupper-heaven yang mcm digambarkan itu. TETAPI, haa begitu skema sekali ayat aku. tapi aku rasa sesuatu semangat. kahkah. lawak. tak lah something berkobar-kobar macam hape tu. tapi its like from one you change into two. from 19 into to 20. confirm tak dapat nak cerna maksud ayat aku ni kan? hoho.k.abaikan.but i'm sure it will be hell when 2 become to 3. I mean 30 YEARS OLDDD.
yahh, umur bertambah, amal tak tentu lagi banyak.*sigh.

cut the crap. so, i've been login into my beloved blog, sbb nye aku nak cakap pasal....2013 i guess. :)

2013 give me a lotttt memories and i really hope it still there. holding my hand tightly.(gi-la, shakespears)
2013, aku habis matrikulasi for wonderfull and awesome year and entering a high-class-super-dupper-challenging UTEM for my degree (masih lagi.) and now, aku duduk lepak goyang kaki-badan segala lemak terkumpul sebab cuti sem. pejam celik pejam celik, habis da sem1 aku.

nak cakap pasal final exam, haa. maybe later. :D well, for those yang kenal, mybe tahu macam mana keadaan aku bila masuk ambik final exam . haha. every final exam i'm being my reaaaal Noramalina. kepala da kena ketuk baru tersedar yang selama ni aku berjalan tak pandang kiri-kanan. istidraj.

talking about UTEM, word yang aku boleh describe ; fun and cool, IF kau jaga tepi kain sendiri lah. maybe kalau nak jaga tepi kain kawan-kawan sendiri, tak kisah. no bother. tapi nak masuk campur hal luar dalam orang lain. hentikan je la. tak best.act, aku suka ambik tahu hal orang lain, haha. tapi im just having some KNOWLEDGE.(busuk giler ayat kau....) aku tahu, and akuuuu.. err.. sit down properly.
I guess.


Hati hitam tu memang da banyak kali terjadi da. dengan hati aku yang berkwan karib mulut kerosakan penapis dan bersahabat dengan otak positive killer(full with negative thinking) aku memang tak mapu nak jaga hati .sometimes. err. okay fine, always.
it not that easy kau nak kawal hati sendiri bile orang lain buat taik dengan kau. kalau sekali dah buat taik dengan aku, bau die pun aku daah tak boleh terima. bagi lah banyak mana pun perfumes, paris hilton, Calvin Klien(aku suke curi-curi pakai abang aku punya.best oh bau dia.) aku confirm hidung ni terus tersumbat dua-dua. bau taik memang still melekat. haa, panjang gile analogi aku. itu lah yang aku tahu FACTS about myself. sometimes, aku sedar yang benda dia buat mcm Kim woo bin ketuk kepala kau and kau akan cakap "hey no big deal lah" silap tarikh, kau rela je ape yang dia nak buat onar kat kau. the problem is dia bukan KIM WOO BIN !! (kenal ngak mamat kim woo bin ni? ha, gi google. taip Boyfriend terkini noramalina. hahah. kbai.#bergurautaik)

and i'm pray that will not happend again untuk sem2. aku dah tak mampu nak tanggung dosa sesama manusia. dosa sesama manusia membawa kepada dosa kepada DIA. susah der nak masuk ilmu . otak aku dah ar berkarat. ni tak kan nak jdi knowledge-proof pula.

hmm, apa lagi?

2013..Friendship.Huu.. so sweet nak cerita (tetiba )
UTeM kalau nak dibandingkan dengan matrik... awesome lagi UTeM :D
aku bukan jenis peramah. serius talk. kalau ada yang gelak guling-guling bagai nak rak bile dgr statement aku ni... trust me! aku tak bohong. memang, bile aku jumpe dgn clan-clan aku (amboii, clans) aku memang boleh jdi sewel.. from there, orang boleh nampak aku hipo-krits. dalam kelas diam, luar kelas mcm beruk makye//
well hello! its not my problem,.. err.. fine. it was my problem. da tu, aku nak buat macam mana. aku memang jenis kelu lidah bila depan2. hihi. gila bodoh ayat kau...
dalam hal-hal macam ni, mak aku paling kenal aku. dia tahu yang anak dia ni memang berat mulut nak bertegur orang. senang cite aku memang bukan peramah macam mak aku. dia kalau sekali bawak berbual, segala hal luar dalam rumah tangga orang die boleh tahu. aku pulak.... hmm. apa yang terlintas, aku tanye. Dia dah diam, aku lagi lah awal diamkan diri daripda dia. 'Penyakit' aku ni lagi parah mase aku muda belia dulu (sekarang pun belia lagi, tapi dalam versi cun melecun skit . haha. ) sekarang ni boleh lah dikatakan berkurang. sebabnya aku da banyak hari kene leter dengan my mom.

"sampai bila nak jadi macam ni? bergaul lah dengan orang sikit. jangan la berkawan dengan kawan-kawan yang ada je. make a new friends"-mom
"alah..."*mendengus-me

benda macam ni kalau dibualkan dengan mak aku, memang aku rebel habis-habisan. sebab aku tak suka.  bagi aku, kalau nak berkawan bukan ambil langkah sehala, meaning to say, bukan aku je yang patut 'bergaul'. orang yg sebelah sana pun patut. but usually kalau budak tu, ting tong sama dengan aku, memang terus tak ade gap. memang aku in je. oh, hey. ini statement aku yang dulu. prinsip gue yang dahulu.
sekarang gue enggak pegang prinsip ini. bukan lah tak pegang tapi longgar da. erkk. longgar?pun boleh la amal.
kalau sekarang aku setia dengan prinsip tu, nescaya aku susah nak dapat Nisha, sue, afiqah and arifah. :D
well, at least aku lah jadi si budak ting tong tu, si pemula langkah untuk membina satu ukhwah. 

P/S: doa untuk aku. semester seterusnya lebih sukses. ;D