Saturday, May 28, 2016

#57

Aku paling benci jadi orang tengah. Kalau setengah orang anggap pekara in suatu yang biasa bagi mereka, tapi tidak bagi aku. Aku benci. Sangat benci.

“tak ada orang pun yang suruh kau jadi orang tengah?”

Orang tengah ni bukan saja orang yang menjadi pertengahan antara dua orang (dimana, ini pun aku benci). Bak kata orang macam posmen. Kau nak sampai kan surat cinta pada awek yang kau nak ngorat, kau minta tolong kawan dia. Kalau kawan dia bodoh tak tahu mende, dia tolong kau. At last, budak tu jadi third wheel antara kau dengan awek tu.

Typical orang tengah biasanya yang tak berapa nak ada rupa, yang suka memuji kawan dia, yang rasa tolong satukan jodoh kawan itu satu pahala, yang selalu membontoti awek yang tergedik-gedik kat depan lelaki, yang senang lelaki nak approach ATAS SEBAB nak mengorat awek yang acah innocent tadi. Kira orang tengah ni macam pemacu dalam sesebuah relationship. Kalau tak ada dia, ibarat cinta dua hati tak mampu di satukan.

Dalam Bahasa urban, The DUFF. (Designated ugly fat friend). Tapi dalam content Malaysia mungkin agak kejam kalau kita nak gunakkan. Kita masih mengamalkan cara hidup sihat, hidup pun tak pernah dilabel-label. Kan?

Dah jauh aku terkeluar dari topik.
Aku nak cakap, orang tengah bagi aku bukan lagi membawa maksud seperti di atas sahaja.
Dalam kes-kes tertentu, orang tengah boleh dianggap sebagai mangsa keadaan yang mangsa dan keadaannya tak jelas pada umum. Dilihat pada pandangan mata kasar seperti okay, relax, ta ada benda. Tapi pada mata hati (hanya yang berhati) sahaja mampu menerjah masuk untuk melihat bertapa berkecamuknyanya hati dia dihimpit keadaan.

Bukan semua orang redha dan boleh let go setiap benda yang jadi. Bukan semua orang boleh chillax dengan apa kejadian yang ada depan mata. Bukan semua orang boleh lelapkan mata dengan tenang bila semua yang jadi depan mata dia.
Ada yang lancar sahaja mulut menembak kata, tapi yang lain harus menjadi perisai. Menghalang di tengah. Yang pelik, hanya tahu bicara marah dibelakang. Di depan lagaknya seperti biasa. Seperti manusia yang normal yang tidak tahu menahu tentang kejadian ‘semalam’.

Allah tak pernah jadikan seseorang itu tanpa perasaan. Yang tak berperasaan itu hanya dilabelkan oleh manusia yang hanya memegang hati masing-masing tanpa mengambil peduli.

**aku putuskan untuk post pada blog selepas niat aku untuk update di wattpad terpadam. ada sebab tertentu.
for those yang baca blog aku dan yang kenal aku dan people surrounding me. *yes you. 
***please be silent. There's no need to disscuss about this. Even between you guys. 

****aku bagi tips. sometimes women love mysterious guys. so takkan lenyap perasaan suprise antara kamu.

*****eh, aku jadi orang tengah ke sekarang ni? ahh. jangan harap.


Friday, May 20, 2016

#56

Pernah sampai satu tahap,
Rindu aku bagai nak gila pada kamu.

Rasa macam nak terjun bangunan sebab tak tertanggung malu.

Ya, malu sebab merindu.

#suprise.#suprise#suprise