Friday, January 16, 2015

#28

ada seorang manusia yang aku kenal baik ini punyai satu cerita.

dia bukan manusia yang dia rasakan hebat sekali gus sempurna pada mata yang lain.
dia kata pada aku "seriusly, aku ni cantik jugak kan" muka selamba berlagak cakap depan aku. dihujung kata, dia ketawa.
aku tahu dia tak maksudkan itu. dia hanya BERANI menyatakan dihadapan yang dia rasa sahabat. Yang dia rasakan dia boleh jadi diri sendiri dihadapan sahabat sendiri.

tapi aku yakin, jauh dalam dari lubuk hati dia, ....

Dia terlalu kekurangan sehinggakan dia rasa yang dia masih belum mampu menjaga hati sesiapa dek kerana dia masih belum mengubah jalan hidupnya , tembok yang dibina selama ini makin lama makin meninggi dan kukuh. lebih kukuh dari sebelumnya.

"aku tak nak dapat suami perangai teruk sama dengan aku" Dia berkata.
"maksud?" aku tanya.
"Maksud aku, kalau perangai aku buruk, aku akan dapat lelaki perangai buruk juga.Dalam Quran dah tulis." dia balas.

aku diam.

"jadi berubahlah." aku tambah.
"bukan senang." dia jawab.


Dia pernah bercerita perihal angan-angan kecilnya.
tiap malam dia akan tersenyum dan ketawa. mata seakan nampak masa hadapan.
tapi mulut yang bercerita tidak seiring dengan hati yang merasa. aku tahu itu.
Bila mulut bercerita, semua manusia percaya tanpa berfikir panjang. lalu mengindahkan lagi angannya.
sedangkan dalam hati dia... masih menafikan.

"dalam cerita ini, dia mewakili aku, dan wanita itu sebagai dia." dia berkata lagi,
"Aku berjalan sendirian rupanya selama ini."


No comments: