Tuesday, September 01, 2015

#46

Aku tahu , kau rasa apa yang aku pernah rasa.

Aku tahu kau suka tapi kau tunjuk benci.
Aku tahu kau sebenarnya takut dia pergi.

Aku tahu sebab aku pernah.

Aku tahu kau takut orang keliling tanda kau sebagai gadis itu dan gadis ini, kau cuba berubah. Tak mahu dikejar masa silam. Tapi hakikat sebenar kau adalah apa yang orang keliling fikirkan.

Aku tahu kau tak mahu dia lari,
Kau tak mahu mata dia tertumpu pada yg lain.
Kau mahu dia berada di hujung tali dan terus bermain tarik tali bersama kau.

Aku tahu sebab aku pernah.

Bangun kawan,

jangan satu hari nanti kau tertawa sendiri mengenang jijiknya perasaan yang kau pernah rasa ni.

Aku tahu sebab aku PERNAH.

No comments: