Wednesday, February 04, 2015

#30

aku terasa nak menaip. itu je yang mampu aku reka alasan.


aku tak mampu nak jadi perempuan yang betul cukup sempurna .
untuk ayah dan emak sendiri pun belum cukup lagi apatah lagi untuk orang lain.

aku tak cari mana-mana salah melainkan diri aku sendiri.
mana mungkin aku nak tunjuk salah orang kalau aku belum cermin diri sendiri.

tapi untuk seketika, anggap aku manusia.
yang sifatnya lalai dan jahil.

Aku tahu cita-cita aku besar di hadapan tapi aku masih lagi berdiri di tempat yang sama.
Masih lagi mencari-cari benda yang aku sendiri tak pasti.


“Ya, kita memang seiring mengatur langkah, tetapi arah yang berbeza"



*kalau lah kau tahu yang aku tiap malam kumpul saham dosa sebab teringat kan kau.

Saturday, January 24, 2015

#29

persetankan semua.

ok. akak tak ada cerita tapi jari akak gatal nak menaip. so, akak ikut kan je lah gatal jari ni.
malam ni, akak nak bincangkan pasal tapoc, hmm, random jelah. malas nak fikir panjang.


tadi aku ada lihat satu makhluk yang memang daripada dulu aku rasa macam menyampah gila-bagai-nak-mati.
aku pun tak tahu nak mula daripada mana, sejarah dia dengan aku memang panjang gila. G.I.L.A

pernah tak rasa, 

              benci -> suka -> benci

haaa, anggap lah situasi dia macam ni. aku tak menyesal. serius shit.

aku tak pelik kenapa aku rasa kebanyakkan lelaki sangat "lelaki" sifatnya.
maksud aku "lelaki" sifatnya ialah sangat-sangat-sangat mencetus emosi meluat aku.
aku bukan nak buat discrimanation gender or whatever. tetapi menurut kajian aku yang lepas-lepas. *eceh, macam dah lama hidup. HIHI.


kadang-kadang aku rasa macam tak adil aku letakkan semua lelaki dalam satu kumpulan lelaki s**t, tapi itu keadaan aku daripada dulu memang berperasaan seperti itu. dan aku tak kisah andai ada lelaki yang letak aku dalam satu kumpulan perempuan h**s

mungkin ada ayat "tak semua lelaki macam gitu"
yes. I admit it . tapi aku tak jumpa lagi. so let me continue with my opinion about boys.

"boys are stupid, some men too." quotes ni aku ambil dari buku hlovate. dan asal ayat ini daripada. ahh google sendiri. 
aku pegang ayat ni. dan masuk matrik, aku kukuh kan dalam hati.

tiap kali aku terpandang/terdengar/terbaca/ter itu/ ter ini  nak mengorat perempuan aku secara automatic nya akan.....


Hmmmmm.. kalau boleh aku nak lari jauh. aku malas nak kumpul dosa mengutuk orang.

mak aku tak akan setuju dengan  pendapat aku. dia marah. itu pasal aku tak cerita pasal benda macam ni lagi dah. sebab... sebab malas lah. hahah.

mak aku beranggapan bahawa kita, kaum perempuan harus melayan lelaki baik. 
baik, aku terima itu sebagai nasihat.
aku layan baik je (aku tak de le reti mana nak manis mulut dengan lelaki, aku rasa macm mengurat diri sendiri doh, geli. ) At first lahh. kalau dia baling taik, masakan aku mahu bersabar. aku akan campak dia dalam loji taik.
emm, tapi sejak dah "matang" (HAHA) ni, aku boleh kawal lagi mulut, zahirnya inshaAllah aku dah boleh kawal walaupun kekadang experessi aku tertunjuk sedikit, kalau-kalau ada yang perasan lah.
batin nya, aku minta maaf. aku tak boleh nak kawal dengan baik lagi. 


aku bukan manis mulut nya, bukan tahu bagi lelaki layanan baik, kebetulan dapat pula lelaki yang emmm...

"kasarnya cakap,"
"garang sangat kenapa?"
"apehal cakap macam tu?"

boleh aku kategori kan lelaki ini sebagai "annoying"?

pada pendapat aku, lelaki suka perempuan yang pandai melayan. manja, manis, baik, sopan santun, 

aku sebut gedik marah tak?


*aku rasa nak gelak.

mak aku kata tak payah jadi mengedik-gedik, layan bebaik, cakap elok-elok.
sorry mom, anakmu tak dapat bayangkan perempuan yang tak gedik tapi layan lelaki baik-baik.
MAYBE THERE IS some girls yang macam gitu, tapi aku BELUM TAHAP ITU.


macam mana nak kahwin kalau tak berkawan dulu?

soalan macam ni aku akan jawab dengan cara aku sendiri.
nak kawan-kawan jelah, ape masalah dengan kasar?
macam mana nak tahu perangai sebenar seseorang tu kalau tak berani ambil risiko berkawan dengan perangai dia yang macam itu?

aku selalu fikir,

                  bukan ke sesuatu perkahwinan yang menyatukan dua hati perlu ada kejujuran dan menerima                         baik buruk sesama sendiri?

bukannya perangai tu tak boleh ubah, boleh je.



nota kaki: kalau aku HAHA, HIHI ,HEHE.aku being sarcasm dengan benda yang buat aku annoying.

Friday, January 16, 2015

#28

ada seorang manusia yang aku kenal baik ini punyai satu cerita.

dia bukan manusia yang dia rasakan hebat sekali gus sempurna pada mata yang lain.
dia kata pada aku "seriusly, aku ni cantik jugak kan" muka selamba berlagak cakap depan aku. dihujung kata, dia ketawa.
aku tahu dia tak maksudkan itu. dia hanya BERANI menyatakan dihadapan yang dia rasa sahabat. Yang dia rasakan dia boleh jadi diri sendiri dihadapan sahabat sendiri.

tapi aku yakin, jauh dalam dari lubuk hati dia, ....

Dia terlalu kekurangan sehinggakan dia rasa yang dia masih belum mampu menjaga hati sesiapa dek kerana dia masih belum mengubah jalan hidupnya , tembok yang dibina selama ini makin lama makin meninggi dan kukuh. lebih kukuh dari sebelumnya.

"aku tak nak dapat suami perangai teruk sama dengan aku" Dia berkata.
"maksud?" aku tanya.
"Maksud aku, kalau perangai aku buruk, aku akan dapat lelaki perangai buruk juga.Dalam Quran dah tulis." dia balas.

aku diam.

"jadi berubahlah." aku tambah.
"bukan senang." dia jawab.


Dia pernah bercerita perihal angan-angan kecilnya.
tiap malam dia akan tersenyum dan ketawa. mata seakan nampak masa hadapan.
tapi mulut yang bercerita tidak seiring dengan hati yang merasa. aku tahu itu.
Bila mulut bercerita, semua manusia percaya tanpa berfikir panjang. lalu mengindahkan lagi angannya.
sedangkan dalam hati dia... masih menafikan.

"dalam cerita ini, dia mewakili aku, dan wanita itu sebagai dia." dia berkata lagi,
"Aku berjalan sendirian rupanya selama ini."


Friday, January 09, 2015

#27

2015.
post pertama untuk 2015. Feel blessed.

alhamdulillah, habis utnuk tahun kedua sem pertama.

tak mudah. memang tak mudah untuk aku. serius talk. macam-macam juga lah yang nak aku sumpah seranah kan. hihihi.

exam berjalan lancar. "emm. lancar sangat"

dan aku dah nampak dah  setiap orang tipa kali exam.

ada yang ..... emmmm. tak elok mengumpat.

okay, aku tak belajau, tapi aku cuba kejar dengan belajau 5 chapter dalam satu malam.
well, mak aku pun kata aku hebat. 
kemudian aku cuba jadi macam orang gila bila aku tak dapat habiskan 5 chapter , pura-pura tertekan la. yelah, biasa orang yang kuat study ni tertekan sikit bila nak masuk exam or tak habis cover topic. BIASANYA lah. yang lain aku tak tahu lah. kah.

kemudian lagi, aku nak bagitahu yang aku ni selalu sangat buat hitam hati, suka sangat buat menyampah dengan orang sampai ke dewan aku bawa hati macam tu. 

aku bukan tuhan, aku cuma mampu nak kutuk dalam hati je. 
aku bukan malaikat. aku tak baik. aku cuma mampu menyampah dalam hati je. 

aku kekadang nak rasa diri aku ni hebat juga rupanya. yelah . ada jugak yang terasa tercabar dengan aku.

kalau lah boleeehh..,
nak pesan dekat awak supaya pesan dekat kesayangan awak kata dengan dia, yang saya tak hamak pun dekat awak... 

hihihi


Monday, December 22, 2014

#26

Berat rasanya untuk sem ini. serupa macam  sem1<sem2<sem3 . beban di tengah. dengan keadaan keliling yang aku rasa sesak kekadang. sungguhlah, aku rasa ujian untuk kali ini hebat.

aku serius takut nak tahu ujian akan datang. aku takut rebah dan tak bangun. itu je.

mana boleh aku melangkah dengan perangai macam ni. aku belum bijak nak atur langkah sebenarnya. dan yang paling penting aku belum bijak mengawal hati.

kekadang aku fikir juga, salah aku ke teruskan benda yang aku tak minat?
salah aku ke teruskan benda yang aku rasa aku boleh cuba selagi termampu?
salah aku ke rasa terbeban dengan benda yang di luar pengetahuan aku ?

untuk sem ni, bengkel 1 aku kena hadap.
bengkel mcm masak-masak tu tak pe, tak sedap boleh telan juga, senyum sambil pandang evaluator and sv kate "sedap nye ya ALLAH !"

ini tidak. bengkel 1 yang merujuk kepada, coding membunuh. full.

tapi sebenarnya. bila fikir balik, aku tak pernah pun terfikir boleh pergi sejauh ni. i mean orang macam aku yang tak minat . kira ok what boleh pergi sampai mcm ni. kah.

kadang, aku nak juga reward sebagai orang yang belum tarik diri dari medan perang.


sedangkan aku nak tunjukkan pada semua yang aku belum terlambat. even beberapa saat sebelum masuk bilik presentation. 


hahaha

Friday, October 10, 2014

#24







aku belum cukup hebat lagi nak dibandingkan dengan boneka kesukaan kau . Jangan bandingkan aku sebab aku tak mahu berubah demi manusia lain.




okay. update.