Friday, May 19, 2017

#58

Dear self, I lost you again. 



***************

aku tak tahu kenapa aku nak kena rasa benda yang tak sepatutnya aku rasa. Benda yang sememang nya aku tak mahu nak rasa. 

aku takut dengan penolakan.

Bila terlalu banyak penolakan jadi dalam hidup, aku mula rasa worthless.
I keep looking for my own mistake and depressing myself until I get tired of it. 

Aku cuba ubah persepsi aku terhadap manusia. Kadang aku rasa mungkin ada mana-mana silap aku yang cuba orang keliling sampaikan yg aku tak sedar.

I'm trying. I am. 

Tapi bila kau sesat dalam hutan yang tebal, dan niat kau hanya nak keluar tanpa ada apa-apa bantuan atau arah yang kau nak tuju, Kau akan mula rasa penat di tengah jalan. 

akan ada rasa menyerah , hanya bergantung pada Tuhan untuk kau keluar dari hutan tu.


Aku mengaku, selama aku hidup, aku banyak cuba untuk impress manusia-manusia. 
Banyak nak cuba immersed dalam hidup orang lain sedangkan hidup aku sendiri tak 'berpenghuni'
Aku nak di terima, so I lied to myself.

Tapi at the end, nothing change.

aku still ada kat mana tempat aku berdiri dan tak bergerak ke mana-mana.


Hutan yang tebal.

Saturday, May 28, 2016

#57

Aku paling benci jadi orang tengah. Kalau setengah orang anggap pekara in suatu yang biasa bagi mereka, tapi tidak bagi aku. Aku benci. Sangat benci.

“tak ada orang pun yang suruh kau jadi orang tengah?”

Orang tengah ni bukan saja orang yang menjadi pertengahan antara dua orang (dimana, ini pun aku benci). Bak kata orang macam posmen. Kau nak sampai kan surat cinta pada awek yang kau nak ngorat, kau minta tolong kawan dia. Kalau kawan dia bodoh tak tahu mende, dia tolong kau. At last, budak tu jadi third wheel antara kau dengan awek tu.

Typical orang tengah biasanya yang tak berapa nak ada rupa, yang suka memuji kawan dia, yang rasa tolong satukan jodoh kawan itu satu pahala, yang selalu membontoti awek yang tergedik-gedik kat depan lelaki, yang senang lelaki nak approach ATAS SEBAB nak mengorat awek yang acah innocent tadi. Kira orang tengah ni macam pemacu dalam sesebuah relationship. Kalau tak ada dia, ibarat cinta dua hati tak mampu di satukan.

Dalam Bahasa urban, The DUFF. (Designated ugly fat friend). Tapi dalam content Malaysia mungkin agak kejam kalau kita nak gunakkan. Kita masih mengamalkan cara hidup sihat, hidup pun tak pernah dilabel-label. Kan?

Dah jauh aku terkeluar dari topik.
Aku nak cakap, orang tengah bagi aku bukan lagi membawa maksud seperti di atas sahaja.
Dalam kes-kes tertentu, orang tengah boleh dianggap sebagai mangsa keadaan yang mangsa dan keadaannya tak jelas pada umum. Dilihat pada pandangan mata kasar seperti okay, relax, ta ada benda. Tapi pada mata hati (hanya yang berhati) sahaja mampu menerjah masuk untuk melihat bertapa berkecamuknyanya hati dia dihimpit keadaan.

Bukan semua orang redha dan boleh let go setiap benda yang jadi. Bukan semua orang boleh chillax dengan apa kejadian yang ada depan mata. Bukan semua orang boleh lelapkan mata dengan tenang bila semua yang jadi depan mata dia.
Ada yang lancar sahaja mulut menembak kata, tapi yang lain harus menjadi perisai. Menghalang di tengah. Yang pelik, hanya tahu bicara marah dibelakang. Di depan lagaknya seperti biasa. Seperti manusia yang normal yang tidak tahu menahu tentang kejadian ‘semalam’.

Allah tak pernah jadikan seseorang itu tanpa perasaan. Yang tak berperasaan itu hanya dilabelkan oleh manusia yang hanya memegang hati masing-masing tanpa mengambil peduli.

**aku putuskan untuk post pada blog selepas niat aku untuk update di wattpad terpadam. ada sebab tertentu.
for those yang baca blog aku dan yang kenal aku dan people surrounding me. *yes you. 
***please be silent. There's no need to disscuss about this. Even between you guys. 

****aku bagi tips. sometimes women love mysterious guys. so takkan lenyap perasaan suprise antara kamu.

*****eh, aku jadi orang tengah ke sekarang ni? ahh. jangan harap.


Friday, May 20, 2016

#56

Pernah sampai satu tahap,
Rindu aku bagai nak gila pada kamu.

Rasa macam nak terjun bangunan sebab tak tertanggung malu.

Ya, malu sebab merindu.

#suprise.#suprise#suprise

Sunday, November 29, 2015

#55

Assalamualaikum.
SubhanaAllah. Tolong tiupkan habuk di blog ini.
Thanks.

New update: tahun 3. Semester 1
                    : bakal 22 tahun
                    : bengkel 2
                    : Games
                    : software engineering
                    : Interactive project management
                    : web application
                    : English professional

Serius shit aku cakap, tak tipu tak main-main. Dugaan bukan tak ada. Ada. Cuma kali ini lebih extream. Kalau macam sem sebelum ni, dugaan tu datang bila nak dekat exam, tapi this year/sem. Gosh ! Tengah-tengah sem aku rasa hati aku jatuh terjelepuk bergolek-golek atas tanah.

More kepada rasa marah yang mencengkam jauh dalam lubuk hati, sampai buat kau rasa letih sebab hati tahan perasaan yang meluap-luap. Kau jadi lemah untuk kawal hati dan fikiran. Fikiran kau bukan terbatas untuk diri kau saja, tetapi terbuka untuk terima jutaan permasalahan di keliling kau.

Kau akan jadi seperti manusia yang hilang dari alam nyata tetapi tidak berada di alam fantasi. Yes. Terikat di antara langit dan bumi. Kau nak berpijak tak boleh. Sama seperti awan yang agsk mustahil untuk kau capai.

Boleh di katakan yang aku sudah berhenti untuk mencari siapa diri aku or who I USED to be. Aku teruskan larian tanpa arah dan tujuan. Aku berlari, sambil bawa beban di atas bahu. Berapa jauh boleh aku pergi ? Berapa lama boleh aku bertahan ?

Orang keliling boleh lari bersama kata-kata, pandangan, cacian,kutukan, keluhan, kritikan, umpatan sendiri. Kenapa aku tidak ?

Monday, November 09, 2015

#54

Buat waktu sekarang, apa yang menakutkan aku adalah laman social.

Nak lebih spesifik; twitter amat menakutkan.
Mampu membuat hati manusia berperang dan berlawan antara satu sama lain, dan apabila mata bertentang mata mulut akan mengeluarkan kata;

                                 "Yow, what's up ? Sihat kau ?"

Friday, October 09, 2015

#53

                                                      

                                                        Aku benci rasa tu.
                                                 Tapi apa yg lagi aku benci,

                                             aku tak ada sebab untuk rasa benci.










Saturday, October 03, 2015

#52

Aku segan nak tanya kenapa, tapi kalau tk malu boleh tak kau explain.

Kau rembat je explain eventhough aku tak tanya.
I don't mind.

Serius.

Kenapa aku segan ?

         Sebab aku tak tahu nak jawab kalau kalau kau yg tanya 'kenapa'

Haaa, nampak ke idok permainan cinabeng ni...

Friday, October 02, 2015

#51

Aku bukan nak kata yang aku suka rasa sakit.
Tapi aku nak kata yang aku suka bila dpt tahu rasa sayang tuhan pada aku masih berbaki.

Dan DIA sampaikan dgn cara begini.

DIA celik kan aku bila aku pasang niat untuk bangkit diawal pagi.
DIA seru aku untuk bangun dan sujud sunat kepada DIA.

Tapi aku abaikan. Aku buat yang wajib. Itu pun malaikat berkira kira nak letak berapa reward untuk subuh aku yang naik bersama matahari.

Eventhough aku abaikan dan sambung lena aku pagi, DIA bagi aku peluang. Banyak sangat peluang. Orang kata DIA mungkin rindu hamba dia yang sudah lama tak mengadu dgn DIA.

DIA rindu hambaNYA,

Aku cari punya cari, rupa tertinggal jauh di belakang. Sesat cari jalan pulang.

Thursday, September 24, 2015

#50

Aku nampak bayi.
Comel.
Terus aku terbayang masa depan.
Bahagia.

Aku nampak orang bercakap dengan penuh keyakinan dalam dada.
Kagum.
Terus aku terbayang masa depan.
Kelam.

Memang tak ada kena mengena dua situasi diatas.
Saja.

Happy eid adha, gais.

Wednesday, September 16, 2015

#48

Hebatnya kuasa boyfriend.

Bergaduh dengan boyfriend boleh buat mood hura hara daripada celik sampai pejam (unfortunely tk boleh pejam, yelah tidur tk lena, mandi tk basah kan )

Tapi tak boleh lawn hebatnya kuasa aku;

Dapat baca mood orang bergaduh dengan boyfriend.

#plish, jaga sikit aku dan keliling, bukan boyfriend je ada benda tu.kawan  serumah, sebilik, sekelas, sekatil ni pun ada benda tu;

Apa itu ?

Perasaan , girls.

Monday, September 14, 2015

#49

Dear you,

One day I'll write a letter for you.

Start with;

            Dear Husband,

And end with;

            Lots of love, your wife.



I hope I'm a princess in a fairytales.
Yet, it just a hope and fairytales I'm afraid.

Tuesday, September 01, 2015

#46

Aku tahu , kau rasa apa yang aku pernah rasa.

Aku tahu kau suka tapi kau tunjuk benci.
Aku tahu kau sebenarnya takut dia pergi.

Aku tahu sebab aku pernah.

Aku tahu kau takut orang keliling tanda kau sebagai gadis itu dan gadis ini, kau cuba berubah. Tak mahu dikejar masa silam. Tapi hakikat sebenar kau adalah apa yang orang keliling fikirkan.

Aku tahu kau tak mahu dia lari,
Kau tak mahu mata dia tertumpu pada yg lain.
Kau mahu dia berada di hujung tali dan terus bermain tarik tali bersama kau.

Aku tahu sebab aku pernah.

Bangun kawan,

jangan satu hari nanti kau tertawa sendiri mengenang jijiknya perasaan yang kau pernah rasa ni.

Aku tahu sebab aku PERNAH.

Saturday, August 29, 2015

#47

I'm a day dreamer.
I'm an actress.

"Show your flaws, and just be yourself" she asked me to do that.

I was like, myself ?

And I ask myself  ;

                                        "what kind of person you are "?






Friday, August 28, 2015

#45

    







                                     Jangan main main dengan hati aku .
                                             Aku jenis mudah terhibur.









Saturday, August 22, 2015

#44





"Rasanya orang lain tidak pernah ikut campur urusan peribadi kamu.
Tapi mungkinkah kerna urusan peribadi kamu tidak ketemu bahagia sehingga kamu putuskan mahu bercerita tentang peribadi orang lain ? "

           || Tahniah, kamu memenangi simpati dari aku sepenuhnya.||





Thursday, August 20, 2015

#43






                      "I made a promise and I didn't break my promises"










Tuesday, August 18, 2015

#42

You know something went wrong to your body .

Bila tengok love story, kau rasa tetiba nak meleleh.
Rasa mcm ada kupu kupu dalam perut.
Kupu kupu lama, yg dah hampir dua tahun. Kejap ada kejap tak ada.

Rasa sakit tu dekat dalam. Kalau boleh nak masuk tangan dalam badan and squeeze that 'thing'  then say ;



                  " If you don't mind, could you stop hurting me ? "









Monday, August 17, 2015

#41










                      " What types of woman do you like actually ? "















Saturday, August 15, 2015

#40

Hidup yang lumrahnya berputar seperti roda.
Semua manusia tahu, dan semua setuju.

Tapi

Manusia yang tahu dan setuju tu akur ke tidak bila sampai masanya ?
Orang kata , bila kena batang hidung sendiri ?

Can you accept that fate when it comes to your turn ?

Emak selalu bilang,

"Bila kita semakin tua, kita akan kembali menjadi anak anak."

Tapi kanak kanak yang punya ego, pengalaman dan pendirian yang teguh.

We can tiak (panggil) as degil.

Tuesday, August 11, 2015

#39

Dulu ramai orang cakap dengan aku,

"Sekarang memang lah kau cakap kau tak suka sekolah, nanti dah habis sekolah, mesti kau rindu nak sekolah balik. Percaya lah."

Well who-ever-you-are,

Ke mari, saya ingin betul kan ayat ;

Aku tak rindu sekolah.

I just missed friends.

Kiranya, kalau dalam hutan sekali pun diorang plan nak gather or reunion, akan ku turut.

Tapi sekolah,

Banyak yang nak aku lupa banding yang nak aku kenang.